Sunday, July 24, 2011

MENGENAL BAHAGIAN C

STRATEGI MENJAWAB BAHAGIAN C

Bahagian C terdiri daripada Soalan 5 dan Soalan 6.

Soalan 5 merupakan petikan kefahaman laras sastera dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu 5(a) dan 5(b). Pelajar hendaklah menjawab salah satu soalan sahaja.

Soalan 6 merupakan petikan kefahaman laras sains dan juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu 6(a) dan 6(b). Pelajar hendaklah menjawab salah satu sahaja.

Ini bermakna untuk bahagian C pelajar perlu menjawab SATU SOALAN 5(a) ATAU 5(b) DAN SATU SOALAN 6(a) ATAU 6(b).

Di sini ada beberapa panduan untuk pelajar menjawab Bahagian C (Petikan).

1. Baca seluruh soalan dalam Bahagian ini dan kenal pasti soalan yang para pelajar dapat menjawab dengan sangat baik. Kegagalan mengenal pasti soalan yang anda yakini akan menjejaskan tumpuan para pelajar. Contohnya tanpa membaca soalan lain dalam bahagian ini pelajar terus menjawab, katakana soalan 5(a). Apabila selepas menjawab dan kemudian membaca pula soalan 5(b), pelajar dapati dpat memberikan idea dan huraian yang lebih baik. Ini akan menjejaskan tumpuan para pelajar. Oleh itu sila berhati hati.

2. Setiap soalan terbahagi kepada dua bahagian soalan iaitu Roman i dan Roman ii.

A. Roman i 2 Markah

Oleh kerana markah yang kecil, calon diminta membina SATU ayat sahaja.(mencukupi dengan jumlah markah diperuntukkan).

Jawapan hendaklah berdasarkan petikan dan telah diubahsuai yang mempunyai maksud yang sama/seakan sama dengan perkataan asal untuk menyampaikan dan menyambung frasa. Satu ayat ini hendaklah menjawab soalan dengan tepat.

MENYALIN SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN DIBERI MARKAH.

B. Roman ii 8 Markah

Aspek pemarkahan:

Idea(2 idea) - 2 Markah

Huraian - 4 Markah

Bahasa - 2 markah

a. Pelajar dikehendaki mengemukakan 2 isi/idea yang tepat dan matang.

b. Huraian hendaklah relevan dengan isi/idea yang dinyatakan dan hendaklah padat. BERHATI-HATI DENGAN LARAS SOALAN. Kesalahan laras soalan akan menjejaskan pemarkahan dari aspek idea dan juga huraian.

c. Buat dalam satu perenggan sahaja.

d. Jumlah perkataan hendaklah tidak lebih 50 patah perkataan.